LELAKI
1. Kain ihram sebanyak 2 set minimum untuk mempermudahkan proses menunaikan haji dan umrah. Jika kain ihram terkena air kencing ketika berada di miqat boleh singgah di hotel sebentar untuk menukar kain ihram ketika sampai di makkah.
2. Baju dalam kocek berzip sebanyak 2 - 4 helai. Senang untuk menyimpan wang berjulat besar seperti 100 riyal, 200 riyal dan 500 riyal. Hati senang kepala tenang.
3. Jubah sebanyak 2 helai. Untuk dipakai ketika menunaikan solat fardhu ketika tidak berihram. Di sana memang byk orang memakai jubah ketika solat fardhu. Jadi rasa seronok jika join pakai jubah juga. Jubah putih adalah warna yang dicadangkan kerana dalam hadis pakaian putih adalah pakaian terbaik. Jubah merupakan pakaian kegemaran Muhammad S.A.W. Jadi jangan lepaskan peluang menyerupai Nabi Muhammad.
4.Kurta sebanyak 2 helai. Untuk dipakai ketika menunaikan solat fardhu ketika tidak berihram. Kurta juga merupakan pakai kegemaran Muhammad S.A.W
5. Seluar minimun 2 helai. Seluar sunnah antara seluar yang sesuai untuk dipakai ketika berada di sana.
6. Kopiah 1 pasang. Warna yang dicadangkan warna putih. Kerana dalam hadis pakaian putih adalah pakaian terbaik
7. Pelikat tidak berjahit 2 helai. Digunakan ketika singgah di hotel sebentar ketika sedang ihram untuk mandi atau masuk ke tandas menggantikan tuala. Kalau di makkah jangan mandi bogel. Jadi kalau sedang berihram jika ingin mandi di hotel guna kain pelikat tidak berjahit sebagai penutup.
8. Seluar dalam 1 helai untuk sehari. Jadi kebersihan insyallah terjaga.
9. Beg kasut / selipar. Senang jika letak selipar dalam beg. Jadi tidak banyak membazir masa untuk ke tempat selipar semula.
10. Serban Sebanyak 2 helai. Untuk digunakan ketika menunaikan solat fardhu dan sunnat ketika tidak beihram.
11. Tali pinggang haji sebanyak 1 set. Mudah untuk menyimpan duit dan kunci hotel ketika berihram.
12. T shirt 3 - 4 helai untuk tidur dan berehat di hotel.
13. Minyak wangi seperti kasturi dan yg bebas alcohol haram. Di gunakan ketika mengerjakan solat ketika tidak berihram. Wangian kesukaan Nabi Muhammad ialah kasturi.